02 January 2010

i will neva understand


















shit man.
aku benci tul bende2 yang berlaku dalam idop aku lately nie.
macam2 berlaku.
yang gembira
yang sedih
yang takut
yang debar
yang lega
yang susah
yang gila
yang besh
yang sakit
yang blablabla
sume berlaku sekali gus.
cash DIE bagi kat aku.
tapi xpe, aku redha.
semuanya dah TERtulis.

orang selalu cakap...
"pasti ade hikmah disebalik kejadian"
YUP, semuanya benar belaka.
MEMANG ade hikmah di sebalik semua yang terjadi.

Kondisi en mood aku skang nie tak stabil langsung.
tapi aku wat bodo jek.
malas nak layan sgt en mood nie.
kang ngade-ngade sgt,
tak semena-mena mate aku kencing plak.
cukup-cukup la idung aku nie kencing.
tak larat nk bg lampin.
wat lari budget aku jek.

huhu~

Cume skang nie,
aku menghitung hari nak ke syurga (cupong).
harap2 jadual blaja hari jumaat clear.
so, lame sket dpt ddk di syurga.
mahu lupa seketika kehidupan di perlis.

tentang kamu.
TERIMA KASIH atas segalanya
aku tak tahu.
aku letih nak fikir.
kita serahkan padaNYA.
i will neva understand
tapi aku pilih derita (nk bahagia)


++ edited ++

saat ini, aku sedikit lega.
luka di situ sudah TIADA.
tp, masih BERbaki.
tak mengapa.
harap tiada yang perasan kecuali yg mengetahui.
terima kasih kepada...
yang risau ttg segala,
yang membantu,
yang bersusah payah memikir,
yang bersusah payah kesana-sini,
walau tiada kaitan sedikit pun dgn kejadian yg TERtimpa.
aku benar-benar TERhutang budi dgn kalian.
BERsyukur mengenali KAMU dan org2 sekeliling kamu (pak ngah, AHpeng)
akuSAYANGkamu
ya, aku akui aku sayang kamu
tp, i'm still will neva understand...

19 December 2009

xing + diam = pelik kah?!


pagi tadi dlm kete sewa biru aku,
ondaway wat sampling air minum di seluruh perlis,
aku cume berdiam diri sbb malas nak bercakap,
tambahan pula, xde pe yg nk di borakkan.

jadi aku menikmati keindahan bumi perlis,
(jejawi - k.perlis - semadong - chuping - arau - jejawi) 
sambil mencetak keindahan tersebut ke dalam hp aku.



















 aku diam, diam dan diam...

dalam lamunan suara garau menyapa, 

"xing, r u ok?!"
"ok jek"
"nape diam jek, pelik la"
aku yang malas nak memanjangkan perbualan hanya menjawab
"emm, gaduh ngan bf" (padahal, sebijik bf pun aku xdak)
di sbbkan mls nk bersoal jwb,
aku cume bg jawapan ringkas begitu.
biasanye, org paham klu kite menjawab gitu
dan akan mematikan perbualan kat situ jek.
neway, tima kasih sbb concern pasal aku.



aku pelik la org2 sekeliling aku.
kadang2 aku perlu masa gak nak berdiam diri.
tak bercakap tuk masa2 tertentu.
aku punya perasaan jugak bai.
tp, leh lak ckp aku pelik klu aku diam.


yup, 
aku taw aku nie molot bising.

sampai sorang classmate aku (seorang lelaki)
dok cakap aku kerek gile mse mula2 die kenal aku kat unimap neh.
die still ingat sampai skang cite lame2 tuh.
katenye, 
masa mkn kat cafe blakang dragon,
aku bising2 ngan kwn2 aku
pas tu die pun wat isyarat 
" ssshyyyyyyy"
aku pn jwb ah,
"klu nk kencing, g toilet la"
huh, yela. kat cafe jek pun.
xdak masalah aku rase nk bising2 pun.
bukannye aku laung cam tarzan dlm utan tuh.

eshhh. thah la weyyy.
aku juga manusia.
si bising
si senyap

si gila2
si pemalu
si apa2 jek la
lalala~ 

02 December 2009

LOTsss TO TELL but...


emm, aku sanye banyak bende nk cite dlm blog neh.
tp, masalahnye aku malas nak menaip.
en. mood tiada di sisi.

where have u been en. mood?!


sat lagi lps kul12, aku nk p ioi.
nk p carik beg tuk miss lappy aku neh.
beg kuning kesayangan aku zip die da start bagi sign yg die akan rosak tak lama lagi.
heh. bak kate abah syida tiptop. comel je !!!

eh, en. mood suda datang.
yeay !!!
huh, nie yg besh nk bebel neh...

esok, bersamaan 3Dec09,
jam 11pm aku akan bertolak ke perlis semula.
haissshhh, malas tak terkata weyyy...
patut aku cuti sampai 28dec.
tp, final year project (fyp) nye pasal,
balik gak la perlis...
spt entri aku yg sebelum nie
aku nk kene wat sampling...
sebok ngan sampling, org pun  tak taw sampling pe yg aku nk wat...
ok2 !!! let's me explain...
cani...
aku kene check quality drinking water kat negeri perlis...
huh, jangan ingat fyp aku nie lekeh sgt beb.
susah sanye. Leceh dowhhh !!!
Tapi xpe, dah tajuk nie yang sangkut diantara lima pilihan sebelum undi di cabut.
haha.
Setelah aku wat research,
kat perlis nie, ade 4 punca bekalan air...

1. Timah Tasuh Dam

2. Muda & Pedu Dam + Groundwater

3. Chuping Groundwater + Water Treatment Arau

4. Groundwater Semadong

Untuk pengetahuan ko,

Seluruh negeri perlis di bekal kan dari keempat-empat punca air tersebut mengikut kawasan masing-masing.
So, keje aku adelah untuk check kualiti air minum bagi keempat-empatpunca air tersebut.
Untuk ape aku check?!
Yup, aku kene compare keempat-empat bekalan air tersebut.
Nak tgk bekalan air yang mana paling bagus.
Tak lupa juga bekalan air yang kurang bagus.
So, daripada situ dapat la aku pastikan bekalan air minum selamat ke dak untuk penduduk di perlis.
Neway, aku bukan suka2 nak cam gitu jek.
Tapi kene la ikut procedure n standard.


Huh, bosan lak cite pasal benda2 nie.
Okies, mahu -out-


Cik Y msg sy, mahu berjumpa
lalu aku tukar plan,
p ioi awal sket. 
daa~



23 November 2009

S.0.S

sos.
ya, aku mmg hantu sos cili cap life.
tapi entri aku kali ni adelah untuk mintak tolong.


TOLONG !!!


i hate packing
benci nak mengosongkan KKC46
pastu balik cuti, nk kene kemas balik
hadoii, dol btui la...

sudah lah, aku nk p BERkemas.
tiket aku kul10 mlm nie.


CUPONG
here  i c0meeeee
yeahhhh~

31 October 2009

Tagged by Dak Ana

huhu~ masih tiada mood lagi tuk study.
So, aku pun lepak2 sat kat blog cousin aku, dak ana.
Terjumpe lak tag nie. layan jek la.
So, let start !!!

Nama Penuh
Nurazilah Ab Karim

Tarikh Lahir
06071985

Tempat Lahir
Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Siapakah Nama Kawan Rapat Anda Sewaktu Kecil
Budak2 Taman Medan :)

Apakah Permainan Masa Kecil Yang Anda Ingat
- Batu Seremban
- Galah Panjang
- Lompat Getah
- Tudung Tin
- Bola Cap
- Rosdes
- Men lawan2 jadi Power Rangers
- Masak-Masak
- Getah Pemadam
- Jutaria
- Men lompat2 dalam longkang
- Racing beskal
- Macam2 lagi la... ;p

Kalau Anda Bergaduh Dengan Kawan Anda, Apakah Kata2 Yang Anda Nyatakan Pada Mereka
"Cakap kat mak aku"
(Ayat standard budak2 kecik ;p)

Di Kawasan Manakah Yang Menjadi Tmpat Feveret Anda Bermain
Jalan Depan Umah Mak Limah.
(Mmg tu jek port kami)

Apakah Cita-Cita Anda Pada Masa Kecil

Askar + Polis

Apakah Kartun Atau Rancangan tv Yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang
- Mighty Morphine Power Rangers
- Doraemon
- Cerita2 Rakyat (sang kancil n sang buaya)

Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai

- Ais krim M'sia
- Kopok Perisa Durian tuhh (sedapnyee. lme xdpt !!!)
- Tora
- Ding Dang
- Super Ring

Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang
Nurul Hafidzah (si kecik molek)

Apakah gelaran anda masa kecik
Xdak pun

30 October 2009

M O O D : bluekkksss


Setelah sekian lama aku tak update blog,
"aku yang TAK BUSY tapi BUAT-BUAT BUSY"


sbb aku p main2 kat tepi sawah, sungai belakang shorubber, 
p lepak2 kat sume bangunan kerajaan negeri Perlis,
pastu p lepak kat JKR, JUPEM, JPS, MADA, KMAM dan tah pape lagi la

saje...
nak p berkenalan ngan ramai orang.
Nanti ramai sket scandal aku kat sini kan.
sorry la, aku mmg xdak masa yang sesuai nak kontek2 org luar dari Perlis

sbb aku sebok dan "seronok" melayan dan melepak ngan org kat sini. 

emm...
bila di fikirkan,

banyak tui dak masa aku terluang sbb dok p melepak2 cam gitu skali.
wah, "seronok" betui idop kat sini.
ku bahagia !!!


so,

br skang aku rase cam "SGT BANYAKKKKK" ja masa yg terluang nk menaip2"
tu pn sbb xdak MOOD nak study.
COMEonMOOD !!!


G I L A dan S E R A B U T


1. Benda yang aku xpenah wat b4 nie pun aku da wat.
(huhu. aku = gila = entah la = xtaw. lalala)


2. Pecah record : Submit 4 lab report masa study week.
(rase cam loser sbb sem2 b4 nie bley jek nk anta ON TIME !!!)

3. Aku yang SESUNGGUHNYA BENCI akan subjek2 bisnes spt akaun,
proforma dan yg sewaktu dgnnya kene settlekan bende2 cam tuh tuk projek paper usahawan.
(owh~ such a nightmare !!!)

4. Aku yang kononnya TETAP pendirian xmo wat muka buku, TETAPI da stat aktif.
(haha. well~ akuSEMEMANGNYAsengal.SOwut?!)


5. Kene wat keputusan yg AGAK BESH GILA sbb kene stay kat perlis mase cuti sem nanti tuk completed kan sampling drinking water selama sebulan diseluruh negeri Perlis.
(wa ckp sama lu, naseb bek perlis nie kecik je. klu beso, mmg MENGGELETIS aku kat situ nak wat sampling)

6. Aku da stat malas nk berPK n menaip. nak p mandi plak. pastu nk p makan. pastu nk p main2 plak. (pastu klu melingkup jgn salah kan sapa2)



***Setelah aku mencari2 konklusi (maap la incik2 hujan, amik tajuk lagu korang plak)
semester ini adelah sem yang sgt2 sebok,
serabut dengan banyak paper projek,
design la, presentation la,
dan da besh part is FINAL YEAR PROJECT (FYP). 
huh, mmg serabut.
Sepanjang sem nie je,
tah bape kali rase nk p bertumbuk ngan org.
even ngan kwn2 sendiri pun rase nak pelempang jek.
Tp, tahan jek la. Nak wat cane kn?!
Wut eva pun lame lagi ko nk face ngan die.
Bak kate shaza,
"kang klu lempang ang, xnk kawan setahun plak"
hah !!!  hape da sha.
klu ikut aku aku la,
mmg aku lempang je.
tp, perikemanusian aku yang tah datang dari mane dok tahan2 tgn aku nie ha.
Neway, byk hal da berlaku dalam sem nie.
Dan sesi2 membalas dendam nie, come on la...
we're meatured enough.
xkan la hal kecik pun nak dok besar2kan n sentap lebey2.
Aku pun malas nak komen lebih2.
sbb...
Hanya kami yang melalui rase pahit & manis nye.
Kena p sana, p sini sbb nak menjayakan masing2 punya FYP.
Dan kite da pun lega setelah abes sume presentation.
Terutama skali presentation tuk our FYP PROPOSAL.
(Sampai aku terlupa nak wish beshday my luvly cousin "sis dila". huhu. sori. kalut sgt)

W/pon kene hentam ngan lecturer,
tp depa mmg baik sbb bg suggestion tuk kebaikan kite gak.

So, akhir kata
Kepada budak2 final year environment / bdk2 kos lain yang ade kat unimap nie
GUD LUCK in OUR FINAL n FYP 
setelah pelbagai dugaan, rintangan dan kepayahan yg di hadapi semester ni.

Aku mintak maap dari ujung rambut ke ujung kaki.
Halalkan makan dan minum.
(ckp psl mkn, kredit to shaza sbb bwk aku mkn kat tempat besh. u know wut i mean. yeahh !!!)

huhu. rase xsaba nak abes blaja
( lagi2 lps tangkap gamba tuk convo smlm ;p )

















Dalam keserabutan,
naseb baik ada yang memahami dan melindungi.
thx.